ANDA MAHU DIDOAKAN 70 RIBU MALAIKAT SETELAH MENINGGAL DUNIA? AMALKAN ZIKIR DAN SURAH INI SETIAP MALAM.


Mau di Doakan 70 ribu Malaikat Setelah Meninggal? Amalkan Surah Ini Setiap MalamJenazah yang diselawati 70 ribu malaikat Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari kelihatan begitu malap dan kurang bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril: “Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung? ”

“Ya Rasulullah, Matahari ini nampak malap kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalangnya.” Jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalang matahari saat ini?”

“Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat.” Jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?”

Kemudian Malaikat Jibril menjawab: “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu.”

“Siapakah dia, wahai Jibril?” Tanya Rasulullah SAW.

“Dialah Muawiyah … !!!” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi: “Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapat kemuliaan yang sangat luar biasa ini?”

Malaikat Jibril menjawab: “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, masa duduk, waktu berjalan, masa berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas.”

Malaikat Jibril meneruskan penuturannya: “Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut.”

SubhanAllah ..
Walhamdulillah ..
Wala ilaha illallah ..
Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda: “Adakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur’an dalam semalam?” Mereka menjawab, “Bagaimana mungkin kami boleh membaca sepertigai Al-Qur’an?” Lalu Nabi SAW bersabda, “Qul huwallahu ahad itu setanding dengan satu pertiga Al-Qur’an. “(HR Muslim no. 1922)

Kredit: Mediaterkini.tech

0 Response to "ANDA MAHU DIDOAKAN 70 RIBU MALAIKAT SETELAH MENINGGAL DUNIA? AMALKAN ZIKIR DAN SURAH INI SETIAP MALAM."

Post a Comment